Kejohanan Golf Jubli Emas SISTA 20 Dis 2009
Kejohanan Golf Jubli Emas SISTA pada 20 Dis 2009 Ahad, 8.00 pagi di Damai Laut Golf & Country Club, Lumut.
Bayaran RM 200.00 (Ahli) dan RM 250.00 (Bukan Ahli). Tarikh akhir pendaftaran penyertaan 7 Dis 2009.
Keterangan lanjut, hubungi:
Azman Omm 019 5572525
Roslee Jelani 0192004488
Atiqah 05 5278525
Kejohanan Golf Jubli Emas SISTA pada 20 Dis 2009 Ahad, 8.00 pagi di Damai Laut Golf & Country Club, Lumut.
Bayaran RM 200.00 (Ahli) dan RM 250.00 (Bukan Ahli). Tarikh akhir pendaftaran penyertaan 7 Dis 2009.
Keterangan lanjut, hubungi:
Azman Omm 019 5572525
Roslee Jelani 0192004488
Atiqah 05 5278525
Berpisah di sekolah pada tahun 1984. Terpisah dek Laut Cina Selatan kerana sudah 15 tahun beliau di Sabah. Akhirnya sebentar tadi berjumpa di Dewan Penginapan Pelajar MISC, UUM di mana aku menjadi felonya, manakala Izam datang untuk program MBAnya dan akan menginap selama sebulan di DPP MISC. Sebenarnya hanya kebetulan aku pulang ke UUM petang tadi kerana esok ada satu seminar dalaman yang aku dijadualkan untuk membentangkan paper. Lusa aku akan ke KL bersambung hari ke Pulau Pinang (USM) dan diikuti pula ke Miri dan Brunei. Sememangnya November dan Disember memang bulan yang padat!
Oleh kerana tiada kafeteria di dalam kampus dan gerai sekitar UUM yang dibuka, kami ke Restoran Yasmin di Changloong untuk "minum-minum" sambil mengenangkan zaman persekolahan dan kisah-kisah rakan yang dikenali.
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Untuk pengetahuan Izam adalah rakan sebatch dengan Anjang dan Zayyat.
Alumni SISTA akan mengadakan Program Korban di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar (bersebelahan MCKK) pada tarikh/masa seperti berikut:
28 Nov 2009 / 20 Zulhijjah 1430
Jam 10.00 pagi
Masih terdapat tiga bahagian yang masih kosong (satu bahagian RM 370.00). Jika ada yang ingin turut sertai, sila hubungi sdr. Azman Omm (Bendahari), 019 5572525 / 05 5278525.
28 Nov 2009 / 20 Zulhijjah 1430
Jam 10.00 pagi
Masih terdapat tiga bahagian yang masih kosong (satu bahagian RM 370.00). Jika ada yang ingin turut sertai, sila hubungi sdr. Azman Omm (Bendahari), 019 5572525 / 05 5278525.
Lan Ketue sudah 20 tahun di Miri, Sarawak
ROSLAN MUHAMAD YUNUS ROSLAN 8:19 PM
Assalamualaikum.
Tahniah Lukman kerana menemukan kawan-kawan lama melalui blog. Syok juga dapat melihat wajah-wajah terkini kawan kita. Sampaikan salam kepada semua kawan-kawan yang masih dapat mengingati aku. 4 Disember ini genap 20 tahun aku merantau di Miri, Sarawak. Kalau ada kawan kawan yang ke Miri cari aku dapat jumpa.
Roslan Muhamad Yunus ( Lan Ketua )
ROSLAN MUHAMAD YUNUS ROSLAN
012 xxxxxxx
Aku tiba di hotel selepas kelas hari ini berakhir dan jam menunjukkan pukul 8.30pm. Terus aku on-kan laptop untuk memeriksa email. Terkejut aku menerima email seperti di atas. Seperti tidak percaya Roslan Muhamad Yunus (Lan Ketue – perkataan ”ketua” disebut secara dialek Pulau Tiga, Parit – ”tiga” juga disebut ”tige”!)
Dekat 10 minit juga aku termanggu antara percaya dengan tidak Lan Ketue menghubungi aku secara email dari Miri sebentar tadi dan kebetulan waktu dan masa ini aku turut berada di Miri!
Aku kemudiannya menelefon Lan Ketue dan akan datang berjumpe (la! Dah terikut dialek Parit pule!).
Bersembanglah aku dengan Lan Ketue sehingge jam 11 malam tadi.Mujurlah tergerak hatinya untuk menghantar email malam ini juga setelah secara tidak sengaja terjumpa blog Izzuddin8084 semasa mengakses internet di rumahnya. Kalau Lan Ketue menghantar email keesokan hari sudah tentu tidak sempat berjumpa kerana seharian aku akan sibuk mengajar dan biasanya aku hanya mengakses email di airport di sebelah malam semasa menantikan penerbangan seterusnya.
Selamat bertemu kembali rakan-rakan sesama Batch 8084 di alam siber! Bulan depan insya-Allah kami akan bertemu lagi sesama keluarga pula.
Untuk rekod, Lan Ketue sudah 20 tahun menetap di Miri, beristerikan orang Miri dan mempunyai 4 cahayamata (sulong berumur 15 tahun).
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/

Jom bertukar pandangan di dalam Forum Ex-SISTA
Ramai yang menghantar email kepada saya kerana tidak puas berbalas-balas "shout" dalam "shoutbox". Ruangannya kecil dan terhad manakala posting yang terdahului tidak dapat dirujuk semula.
Perkenalkan ruangan baru tambahan kepada blog ini iaitu Forum Ex-SISTA. Anda semua boleh klik di sini atau klik pada tajuk di atas (header atas nama Forum Ex-SISTA).
Selamat bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam Forum Ex-SISTA ini. Kategori-kategori forum akan ditambah dari masa ke semasa. Begitu juga kepada yang berminat untuk menjadi moderator sama ada pada kategori yang sedia ada atau mana-mana kategori yang difikirkan perlu, emailkan kepada saya untuk pertimbangan.
Selamat berforum. Berforumlah dengan berhemah!
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
29 tahun berpisah, mula bertemu di alam siber, kini di alam nyata
Paling akhir aku bertemu Saiful Marshidi ialah semasa tahun 1980. Kemudian 2 tahun lepas ketika itu blog Izzuddin8084 ini baru saja dilahirkan, Saiful kebetulan seorang blogger yang aktif terlawat blog ini dan terpandang gambar beliau. Mulai hari itu kami bertemu dan kerap berhubung di alam siber.
Hari ini tengahari tadi, kami bertemu di alam nyata. Ingatkan bulan Disember ini aku bercadang mencarinya di Kelantan semasa percutian balik kampung nanti. Rupa-rupanya hari ini Saiful jadi Ketua Rombongan sepupu orang rumahnya (orang Kelantan) yang berkahwin dengan orang kampung aku di Kampung Jabi, Batu Kurau.
Hendak dijadikan cerita pengantin perempuan itu ada bau-bau bacang dengan aku. Abang pengantin perempuan adalah seorang pekerja senior di kilang tayar Silverstone Kamunting (semenjak tahun 1989 hingga kini) dan juga salah seorang rakan baik aku.
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Koment
Tahniah Dr Mohd Amy Azhar
Tahniah Dr Mohd Amy Azhar kerana terpilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua tahun sehingga 2011.
(Untuk rekod; Dato Seri Shahidan Kassim pula kekal mempertahankan jawatan Presiden bagi tempoh dua penggal berturut-turut sejak 2007. Persatuan Alumni UUM didaftarkan secara rasminya pada 16 Jun 1992 yang bertujuan meneruskan perjuangan membela nasib mahasiswa kampus dan membina rangkaian perkongsian pintar dalam kalangan ahli.)
Kami difahamkan juga Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif (amyazhar@uum.edu.my) adalah Presiden untuk batch ex-izzuddin (tak pasti tahun berapa).
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com

Tahniah Dr Mohd Amy Azhar
Tahniah Dr Mohd Amy Azhar kerana terpilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua tahun sehingga 2011.
(Untuk rekod; Dato Seri Shahidan Kassim pula kekal mempertahankan jawatan Presiden bagi tempoh dua penggal berturut-turut sejak 2007. Persatuan Alumni UUM didaftarkan secara rasminya pada 16 Jun 1992 yang bertujuan meneruskan perjuangan membela nasib mahasiswa kampus dan membina rangkaian perkongsian pintar dalam kalangan ahli.)
Kami difahamkan juga Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif (amyazhar@uum.edu.my) adalah Presiden untuk batch ex-izzuddin (tak pasti tahun berapa).
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com
Komentar dari Subhi Arshad; Dr. Amy Azhar adalah Presiden ex-Izzuddin 86 (PERSIS 86)
Berlatar belakangkan papan tanda acara (kamera cokai!)
Makan malam 2 burger kongsi 4 di kedai keluarga Khairul Anuar (Punjab) di SimpangKlik di sini untuk lain-lain gambar Rothmans Penang GP 1984


Syed Abu Salim, born to be businessman!
Antara empat rakan Batch 8084 yang akan menunaikan haji tahun ini, rasanya ramai yang "ada berhutang" dengan Syed Abu Salim. Antara mereka tersebut termasuklah aku!
Di zaman remaja persekolahan lagi, Syed Abu Salim ini telah menunjukkan bakat dan kemahirannya dalam "business". Hinggalah hari ini Syed merupakan seorang usahawan yang berjaya dan memiliki beberapa buah kilang dan juga kedai dengan pelbagai produk barangan.
Sudah tentu perniagaan yang diceburi Syed dahulunya adalah "makanan asasi asrama" iaitu Mee Segera yang lebih dikenali dengan Maggi, tidak kiralah jenama Maggi atau Cintan! Di samping Maggi, terdapat juga "makanan agak mewah" iaitu Donut dan Cream Cake yang dijualnya.
Di Dewan Makan asrama sememangnya tersedia menu Donut untuk satu hari kuih minum petang tetapi Donutnya boleh pecah dinding asrama kalau dibaling! Donut yang dibeli di hujung minggu di kedai mamak berhampiran Jublee Park dan Pasar Bulat teramatlah lembut dan sedap! Patutlah semasa selepas Majlis Santapan DiRaja lalu ada yang beria-ria hendak menjenguk kedai tersebut walaupun jam sudah lebih 12 tengah malam!
Biasanya ramai di antara kami ini yang tidak berduit sama ada kiriman wang dari keluarga yang amat terhad ataupun habis berbelanja. Mulanya Syed membenarkan kami membeli barangan yang dijualnya secara berhutang bayar bulan. Lama-kelamaan semua barangan yang dijual hanya secara tunai kerana ramai di antara kami tidak membayar sampai beraleh tahun!
Tidak pasti sama ada lapar atau suka-suka, ada di antara kami yang bertindak keterlaluan mencuri stok barangan milik Syed dari almarinya semasa beliau tiada di dalam bilik.
Jadi Syed, sempena permergian kau ke rumah Allah ini, minta halalkan apa-apa yang kami terambil dan termakan serta terhutang kepada aku.
Sebenarnya aku berhajat hendak buat posting pasai Maggi ini. Lebih-lebih dalam Shout-box, Che Azhar dan Mohd Asri asyik mengenang makan Maggi dengan Kuah Laksa dari Kantin Pakcik Ngot! Kebetulan Junior Anjang ada buat posting berkaitan. Lawat di sini untuk cerita lanjut pasai Maggi di asrama ini.
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Salam semua
Rakan-rakan yang berkesempatan membaca Surah Yassin dan/atau bertahlil tidak kira di surau atau masjid ataupun berseorangan di rumah, marilah kita mendoakan selepas selasai Yassin/Tahlil tersebut semoga;
1. Rakan-rakan sebaya kita; Ust. Ismail Shaari, Mohd Ali Mansor, Mustakim Surat dan Syed Abu Salim dengan ahli keluarga mereka agar dipelihara Allah kesihatan yang baik, jiwa yang lapang selamat pergi, selamat berada di rumah Allah dan selamat kembali ke tanah air. Semoga mendapat Haji Mabrur rakan-rakan kita tersebut. Detiklah hati mereka jua agar sama-sama mendoakan kita terutama yang belum berkesempatan ini terbuka hati dan dimurahkan rezeki untuk berkunjung ke sana kelak. Amin.
(Email terbaru dari Ahmad Faisal Muhammad menyatakan Ust. Ismail telahpun selamat sampai dan telah menghubungi beliau di sana pada 20-Okt-2009).
2. Rakan junior kita iaitu sdr. Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop (017-6351057 /
khariri_alhadi@yahoo.com.my) yang kini dalam keadaan diuji kesihatannya oleh Allah SAW. Semoga beliau segera kembali sembuh.
Amin
Rakan-rakan yang berkesempatan membaca Surah Yassin dan/atau bertahlil tidak kira di surau atau masjid ataupun berseorangan di rumah, marilah kita mendoakan selepas selasai Yassin/Tahlil tersebut semoga;
1. Rakan-rakan sebaya kita; Ust. Ismail Shaari, Mohd Ali Mansor, Mustakim Surat dan Syed Abu Salim dengan ahli keluarga mereka agar dipelihara Allah kesihatan yang baik, jiwa yang lapang selamat pergi, selamat berada di rumah Allah dan selamat kembali ke tanah air. Semoga mendapat Haji Mabrur rakan-rakan kita tersebut. Detiklah hati mereka jua agar sama-sama mendoakan kita terutama yang belum berkesempatan ini terbuka hati dan dimurahkan rezeki untuk berkunjung ke sana kelak. Amin.
(Email terbaru dari Ahmad Faisal Muhammad menyatakan Ust. Ismail telahpun selamat sampai dan telah menghubungi beliau di sana pada 20-Okt-2009).
2. Rakan junior kita iaitu sdr. Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop (017-6351057 /
khariri_alhadi@yahoo.com.my) yang kini dalam keadaan diuji kesihatannya oleh Allah SAW. Semoga beliau segera kembali sembuh.
Amin
Abdul Halim B. Mohd Naam
Abdul Halim B. Mohd Naam bersama keluarga
Shamsul Anuar B. Abdul Wahid Kenangan 1984 - 2009 dan bersama keluarga
Ahmad Faisal B. Muhammad, Farhan (anak kedua), Farheen (anak ketiga), Farah (anak pertama) dan isteri Zahrah
Mustakim B. Surat bersama isteri di hadapan kedai baru dibuka tahun 2007. Di tengah ialah Dato' Dr. Hassan (pengasas Healin)Minta yang lain itu hantar-hantarlah gambar terbaru, kalau boleh hantarlah juga gambar dengan keluarga. Risau juga nanti berselisih bahupun tak kenal - Lukman
Mustakim bin Surat
Assalamualaikum w.b.t,
Mula-mula sekali saya nak ucapkan syabas kepada sdr Lukman dan semua sahabat-sahabat yang lain kerana dapat mengumpulkan hampir majoriti 'maklumat dan status' sahabat-sahabat sis tahun 80-84, malah telah berjaya membuat beberapa kali perjumpaan. Alhamdulillah semoga mendapat barakah..
Saya telah menerima email google group izuddin8084 semenjak beberapa minggu yg lalu dan maaf kerana tidak berkesempatan untuk join dlm perbincangan.
Sebagai 'recap' untuk semua rakan-rakan dalam group ini, eloklah saya mulakan dengan update terkini berkenaan diri saya dan keluarga. Semoga dapat membantu ingatan.
Seingat saya, masa di SIS dulu, saya adalah merupakan golongan minoriti yg tak popular sebab mempunyai susuk tubuh yang kecil dan tak aktif bersukan atau melakukan aktiviti yg mencabar lain. Agaknya kot!
Nak dijadikan cerita, bila saya tunjukkan gambar diri saya pada orang rumah (i.e. gambar kelas IIA yg berdiri di bahagian belakang sebelah kanan sekali). Dia rasa macam tak percaya, kesian pun ada.
OK lah tu, takpe. Sebab setelah sya melanjutkan pelajaran di UK lepas keluar dari SMAWP, tubuh saya sudah mulai membesar dengan sempurna setanding dengan jejaka Malaya lain yang bersaiz normal.
Alhamdulillah. Berkat makan banyak ikan KOD masa kat sana kott...(kata sdr. Prof. Dr Hj. Ismail Abustan). Ha, ha!
Nama penuh Mustakim bin Surat. Tapi ejaan MAN pada nama ayah dalam surat beranak dan IC sudah tertinggal lama semasa buat pendaftaran dulu. Tak apa kalau sdr moderator nak deletekan ejaan MANnyer dlm senarai nama Jgn risau. :-)
Kini kami sekeluarga dah bermestautin di Johor Bahru semenjak tahun 1999 lagi. Berkahwin dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Dua perempuan dan 3 lelaki. Menjadikan karier sebgai mengusahakan syarikat sendiri.
Alhamdulillah. Dulu pernah bkerja dengan syarikat perumahan glomac berhad sebagai pengurus kanan untuk salah satu perojek pembangunan perumahan di Johor sampai sekitar tahun 2005.
Mengenai aktiviti terkini, Insya-Allah kami suami isteri akan pergi berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan fardu haji. Tarikh penerbangan yang telah dimaklumkan ialah 18hb November 2009..penerbangan yg ke3 akhir gamaknyer.
Sehubungan dengan itu, eloklah kiranya saya ambil kesempatan ini untuk memohon jutaan ampun dan maaf pada semua sahabat-sahabat SIS 8084 di atas segala salah dan silap samada perbuatan, percakapan atau gerak hati. Tolong doakan kami semoga dapat melakukan ibadah dengan sempurna, dipermudahkan melakukan segala urusan dan memperoleh haji yang mabrur.
Terima kasih.
Saya sertakan gambar saya bersama isteri dan salah seorang anak kami yg sulong.
Wassalam.
Mustakim bin Surat
mustakim.surat@gmail.com
Johor Bahru.
Salam Mustakim
Selamat bertemu kembali dgn sahabat-sahabat Batch 8084. Saya ingatkan sdr tidak menerima email-email group sebelum ini kerana tiada sebarang acknowledgement dan response.
Semoga dikurniakan Haji Marbrur. Semoga sihat pergi dan kembali diperlihara Allah. Sampaikan salam kami kepada Rasullah dan doakan semoga kami terutama yg belum kesempatan ini terbuka hatinya dan dimurahkan rezeku utk ke sana kelak.
Wsl
Lukman Wan Mat Daud
Shaharul Nizar Mokhtar 8284 di Miri (Petua perjalanan)
Aku sekarang di Miri, lebih tepat di dalam Bilik 1419 Hotel Mega. Baru lepas bersarapan dan bersembang panjang dengan Mohd Shaharul Nizar Mokhtar (8284) yang berasal dari Pantai Remis (aruah ayahnya dari Manong). Semalam hampir seharian dalam perjalanan dengan terkandas dua kali di airport Alor Setar dan KLIA. Aku di Miri untuk mengajar program Msc OSH Mgmt UUM.
Kali ini bukan petua Hj. Adam Yusop tapi petua aku sendiri; kalau berperjalanan terutama ke tempat baru pertama kali pergi, carilah dulu sanak-saudara atau kenalan yang mungkin berada di sana. Kalau tak jumpa saudara, carilah rakan sekolah!
Di Miri aku mencari Shaharul (disyorkan oleh Trot dan Rosli Olexx) walaupun aku sama-sekali tidak mengingatinya langsung semasa di Izzuddin dahulu. Alhamdulillah juga, aku tetap dikenalinya.
Pengajaran juga kepada semua terutama senior-senior di Izzuddin sekarang ini; jangan ambil kesempatan bulu-membuli ini. Manalah tahu masa mendatang segan pula kalau berjumpa!
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com
(Msj. dari Trot) Dari kiri Redzuan Shaarani (8081)Pegang lmpu picit Fadhil Dasuki (KU 1981 bukan Shamull)Zahrullail mawardi & Sharom Zakaria(adik Ust Darwis)
Dari kiri Hafiz Latif (7981)Fadhil Dasuki dan Zahrullail Mawardi (7781) Senior Tingkatan 4 tahun 1980?
Semalam semasa mengemas bilik pejabat, terjumpa dua keping gambar senior. Rasanya mereka ini senior Tingkatan 4 pada tahun 1980. Hanya ada catatan kecil di belakang gambar iaitu; Kadet Polis Pulau Jerjak. Rasanya mereka pergi jambori di Pulau Jerjak, Pulau Pinang.
Kalau tidak silap juga, sedang menulis sambil pegang lampu suluh itu adalah adik Ust. Hamzah Supian iaitu abang kepada Samsul Ariffin (Johan Qari Malayasia 2008). Siapa namanya sudah lupa pula!
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Hairan juga macamana boleh ada gambar-gambar ini dalam simpanan!

Solat Jumaat Masjid Negeri
Rasanya ini gambar 1983 sebab Mohar dan Zaghlol masih ada!
Hari Jumaat memang ditunggu-tunggu sebab boleh keluar ke Pekan Ipoh. Tujuan asal bersolat tapi banyak kerja sampingan yang boleh dibuat.
Masa pergi berebut naik bas Pakcik Khir berebut nak pergi awal sebab banyak rancangan!
Boleh pergi pejabat pos (nak cash-in money order kiriman keluarga), boleh pergi Superkinta, Angel (supermarket) dan sebuah lagi dekat Taman Orang Tua itu menghala ke Little India. Rasanya semua sudah tutup sekarang ini!
Kurang-kurangnya boleh belek majalah atau buku di Mubarak.
Boleh makan Nasi Kandar dan Air Laici bawah pokok bersebelahan masjid. Sekarang sudah jadi Medan Selera Tok Sagor.
Kemudian perkena Cendol Sagat siap campur Muruku.
Masa balik kadang-kadang kalau lapar berebut balik awal sebab Dewan Makan Lauk Ayam! Kalau kenyang boleh baring-baring lagi tunggu bas datang semula.
Tahun 1984 masa Tkt. 5 lagi hebat - boleh pergi tengok wayang cerita shaolin lepas solat dengan baju Melayu lagi! Songkok dan samping lipat sorok dalam poket baju.
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Aku dan beberapa orang rakan lagi (semasa Tkt 2 & 3) jadi budak pengutip derma semasa kuthbah. Bolehlah upah RM 2.00 seorang. Nanti aku buat posting lain pasai ini. - Lukman
Berdiri dari kiri; Omar, Sabor, Yob Hamid, Zakir, Mohar, Azman Bahari dan Zuhairi
Duduk atas kerusi batu dari kiri; Hilmy, terlindung, Zaglol, Zainal Abidin dan Zairi
Depan dari kiri, Hisham mahayuddin, Rahman, Latib dan Muhammad
Pemain bola Rumah Kuning (padang kecik!)Dari kiri berdiri, Zamri, Hilmy, Azrul, Asri dan junior (lupa nama1). Mencangkung dari kiri; sudah lupa nama, Lukman, Muhammad, Fadhil, Zairi dan Yob Hamid. (gambar 1982)
Peraturan bola padang kecik mudah sahaja. Tak ada offside! Tak ada corner! Kalau corner 3 x, automatik jadi penalty!
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com
Masih belum dapat dikesan; Zamri, Zairi, dan siapa nama mencangkung paling kiri? Yob Hamid sudah ditemui (dia ustad di Kelang) tapi no. hp. rasanya sudah bertukar.

Rosli Shariff (6872)
Terima kasih kerana siar berita sedih saudara saya Rosli Shariff, junior saya dan pemain gitar kita dulu.
Dia ni ada pertalian dengan saya, orang Rawa Gopeng. Masa sekolah tak tak tahu yang dia ni "woghih". Masa jamuan SISTA 19 Julai 2008 di Ipoh, sambil bertanya kabar baru lah tahu. Moyang saya adalah UCI (Nenek dlm bahasa Rawa) nya
InsyaAllah saya akan call dia. Saya serta kan foto Ramli Shariff bersama ini.
Abdul Salim B. Zain
asbzain@yahoo.com
Kepada sdr. Rosli Shariff, kami dari Batch 8084 merakam rasa takziah atas kembalinya ke rahmatullah isteri Fatimah Bt. Din. Al-Fatihah
(Pn Fatimah Din, isteri Rosli Shariff (SIS6872) tlh kembali ke rahmatullah Isya 14-Okt-09. Jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor 15-Okt-09. Solat jenazah di Mesjid Kpg Gunong Mesah Hilir Gopeng. En. Rosli Shariff 019 442 4606.)


Salam semua,
Semuga bertambah memori lame dgn gambo-gambo ni.......
Semase lawatan ke Penang, tahun 81 atau 82 tak ingat!
Faisal Azni 80-82
fasny2000@hotmail.com
Faisal - sebenarnya dalam simpanan saya ada gambar ini tapi tak sempat nak scan dan sebenarnya gambar-gambar itu adalah milik Abd Halim Mohd Naam yang datang gathering hari raya ke rumah saya pada tahun 2003 dahulu, (Jangan bimbang Halim - saya simpan elok-elok! Balik oversea nanti saya bagi balik) - Lukman
Dari kiri belakang; Muhammad Abdul Talib, Mohd Asri Mat Salleh, Syed Ahmad Zulkifli dan Azman Bahari.Dari kiri depan; Mohd Nushi Mokthar dan Mohd Sabor
Gambar Oktober 1983
Kengkawan,
Ade simpan lagi tak gambor ni?
Aku tengok gambor ni, barulah dapat refresh sikit muke kengkawan.
Sekarang tahlah...
Yang ada gambor kat blog tu ok la, yang tak de tak tahu macamana!
Mohd Asri Mat Salleh
masza22@gmail.com
Asri - gambar tu sure ambik selepas balik solat Jumaat di Masjid Negeri. Siap perkena Cendol campur Muruku. Kalau ada duit lebih perkena Nasi Kandar dan Air Laici bawah pokok (sekarang foodcourt Medan Tok Sagor) - Lukman
Ade simpan lagi tak gambor ni?
Aku tengok gambor ni, barulah dapat refresh sikit muke kengkawan.
Sekarang tahlah...
Yang ada gambor kat blog tu ok la, yang tak de tak tahu macamana!
Mohd Asri Mat Salleh
masza22@gmail.com
Asri - gambar tu sure ambik selepas balik solat Jumaat di Masjid Negeri. Siap perkena Cendol campur Muruku. Kalau ada duit lebih perkena Nasi Kandar dan Air Laici bawah pokok (sekarang foodcourt Medan Tok Sagor) - Lukman





Salam sahabat yg dirahmati Allah..Saya ingin memohon jasa baik sahabat semua agar dapat membantu saya bagi memasar dan menjual cenderahati saya. Cenderahati ini saya buat adalah bagi mencari pendpatan tambahan dan mncari dana serba sedikt utk rawatan perubatan saya selepas saya mendermakan hati pada tahun 2004.
Cenderahati yang ingin saya jualkan adalah:
1. Penanda buku (5 corak) - Berharga RM1 setiap satu
2. CD (Kisahnya Secebis Hati) - Berharga RM5 sekeping
CD ini adalah kisah sebelum, ketika dan selepas pembedahan. Bermula ketika saya ingin mendermakan hati kepada Allahyarham adik Atiqah. Kemudian beliau meninggal dunia. Selepas itu saya ingin mendermakan hati kpd Allahyarham Adik Yohitt pula. Kisah saya mencari dana sebanyak RM245k yang saya namakan 'Kembara Secebis Hati' iaitu pengembaraan saya pada bulan Ramadhan tahunn 2004.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dana sebanyak RM245k mencukupi setelah 2 minggu saya mmbuat 'road show'. Pada 18.12.2004, detik bersejarah apabila saya dan adik Yohitt berkongsi hati yang dinamakan 'Dua Jiwa 1 Hati' di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun setelah 42 hari, Adik Yohitt telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi ubat yang digunakan.
Berikut adalah serba sedikit sinopsis CD tersebut.
Keratan-keratan akhbar, suntingan video dan berita diperolehi media tempatan dan koleksi sendiri.
Walaupun dengan hanya RM5 sahaja, tetapi pengalaman yang saya lalui ini amat berharga untuk tatapan semua. Kepada sahabat yang dapat menjemput atau menganjurkan majlis untuk sesi ceramah dalam atau luar negara, saya amat mengalu-alukan bantuan anda. Mohon dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat samada di Malaysia mahupun seluruh dunia. Semoga bantuan anda ini dapat menjadi sumber insprasi agama dan bangsa kita.
Sebarang bayaran boleh dimasukkan dalam akaun Maybank 162106646530 (Ahmad Khariri Al-Hadi bin Md Yusop) dan barangan akan saya poskan ke alamat anda dengan kos RM4.
Sekian, terima kasih
-Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop-
017-6351057
khariri_alhadi@yahoo.com.my
Aku dengan Cikgu Teridi
Salam, pagi Isnin lepas aku ada job kat Teluk Intan. Petang itu aku call Cikgu Teridi ajak jumpa.
Sekolah dia betul-betul dekat dengan jambatan crossing Sungai Bernam. Masa aku pergi jumpa dia tengah coaching bolasepak.
Petangnya aku pergi minum bersamanya di Pekan Sabak Bernam. Sembang panjang dari cerita sekolah sampai le ke politik. Dulu dia memang aktif, sekarang ini slow sikit.
Zulkifli Azit
zulkifliazit@yahoo.com
Salam, pagi Isnin lepas aku ada job kat Teluk Intan. Petang itu aku call Cikgu Teridi ajak jumpa.
Sekolah dia betul-betul dekat dengan jambatan crossing Sungai Bernam. Masa aku pergi jumpa dia tengah coaching bolasepak.
Petangnya aku pergi minum bersamanya di Pekan Sabak Bernam. Sembang panjang dari cerita sekolah sampai le ke politik. Dulu dia memang aktif, sekarang ini slow sikit.
Zulkifli Azit
zulkifliazit@yahoo.com
Ismail Saari, insya-Allah menunaikan haji
Assalamualaikum, insya-Allah saya dan isteri akan menunaikan Fardhu Haji, penerbangan keempat pada 21-Oktober-2009.
Kami memohon dan meminta dihalalkan makan minum serta doakan kami sihat dan selamat serta sentiasa mendapat Haji Mabrur.
Terima kasih.
Ust. Ismail Saari
ismail_nz@yahoo.com
Antara idola dan mentor
Dalam asrama ada senior yang menjadi mentor. Ada senior yang menjadi idola. Malah ada senior yang dibenci separuh mati!
Kebelakangan ini nama “Abang Cik” atau nama sebenarnya Hasrizal sentiasa kedengaran sebagai mentor di kalangan junior yang ditemui. Bagaimanapun gelaran mentor masih asing ketika itu, ianya lebih dikenali sebagai Naqib.
Bagi Batch 8084, nama Amin Solat akan dikenang jasanya. Walaupun (ketika itu) kami mengeluh-kesah perbuatannya tapi kini kami akan menghargainya.
Ada seorang pelajar Batch 7983 yang menjadi idola saya dan kepada beberapa rakan yang lain. Namanya Rosman B. Sahin berasal dari Ipoh.
Mungkin sukar untuk menghampiri seorang idola seperti Abdul Salim B. Zain (Batch 6670) Untuk menjadi idola ketika 7983 itu, Rosman telah mempunyai pakejnya. Di padang bolasepak, beliau di antara penyerang yang mahir menjaringkan bola. Mungkin giat bersukan, Rosman memiliki susuk badan seorang pemuda yang segak.
Tidak seperti penghujung 60an di mana sekolah masih mempunyai band muzik, batch 80an hanya mencuri-curi perdengarkan suara dengan petikan gitar kapuk ataupun hentakan papan meja. Pada masa ini, Rosman telah menunjukkan bakatnya mendendangkan lagu-lagu yang ditransformkan dari lirik-lirik sajak A. Samad Said dan Usman Awang.
(Batch 8084 ramai yang pakar gendang meja ini seperti Azhari dan Zahrulail. Kedua-duanya masih belum dapat dihubungi)
Ketika tiada ujud lagi nyanyian-nyanyian puisi Kopratasa (1985), Rosman sudah mula memetik gitar melagukan lirik-lirik puisi dan sajak ini.
Selain itu Rosman yang memiliki Suzuki TRS Racer ini semasa masih bersekolah sedikit sebanyak mempengaruhi minat saya dalam kenderaan beroda dua ini.
lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Zaghlol – tulis sikit kisah kau dengan harmonika itu!



