Selamat datang ke blog Izzuddin8084

Di sini kita bertemu semula. Mengenang lalu yang baik jadi teladan, yang tidak atau kurang baik (nakal) menjadi sempadan. Insya-Allah kita beramal untuk masa depan.

Kenduri Zaghlol di Kpg Ngor, Sauk 3 Sept 2011

/



Kenduri Zaghlol di Kpg Ngor, Sauk 3 Sept 2011

Alhamdulillah telah selamat diijabkabul seorang lagi sahabat Izzuddin 8084 pada hari ini.

Antara yang hadir ialah (dari kiri dalam gambar di atas), Azman Bahari, Kamaruddin Wahab, Nurazman Amirullah, Muhammad Taib, Zakir Ibrahim, Mohd Hosni, Lukman Wan Mat Daud dan Zainal Abidin KS Mohd.

Kemudian dituruti oleh Zulkifli Azit, Abu Hanifah, Halim Naam dan Daud idris.

Seperti biasa, Abu masih menguasai "pentas" terutama dengan ketidakhadiran Che Azhar.

Semoga dengan majlis ini akan membuka hati dan mencepatkan jodoh seorang sahabat lagi.

lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/

4 comments:

MoharAli said...

alhamdulillah,..kalu gambo Zaghlol & wife dia ajer,tak ler nampak veteran sangat....Tapi bila ada engkorang kat belakang tuuuu...nampak tua giler Zaghlol tuuu....hehehe, anyway..Jodoh & Ajal ditangan Tuhan...semoga diberkati hingga ke anak cucu, insya'allah

Shifu67 said...

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Zaghlol..

yg berbaris kat belakang pengantin tu, sah duk teringat nikmat masa bersanding dulu ( mungkin juga disulami dengan impian nak bersanding lagi.. hahaha)

kamil said...

nasib baik aku lambat...kalau tak confirm aku jadi pengantin ... tak pun pengapit...aku pakai baju melayu hijau tu...sama!!

lukmanw@gmail.com said...

alamak Daud - silap tak ambik gambar kau

Komentar Terbaru

Salam Ke Atas Kamu

Salam Ke Atas Kamu

Archives

Raya 3 Okt 2009 Bangi Saifulzaman

Raya 26 Sep 2009 Taiping Lukman

Penyataan moderator

Salam semua. Blog ini bermula dari 27-April-2008. Setakat ini moderator blog ini ialah Lukman B. Wan Mat Daud (lukmanw@gmail.com). Semua tulisan dalam posting yang dibuat tidak mengambarkan dasar atau pegangan mana-mana organisasi yang diwakili oleh moderator. Komentar-komentar jika ada adalah tanggungjawab pengunjung blog ini yang membuat catatan.

Walaupun blog ini khusus untuk Batch 8084, batch-batch lain (senior & junior) juga dialu-alukan.

Kekangan Blog Ini

Posting-posting dan komentar-komentar yang hendak dimuatkan dalam blog ini mestilah tidak secara langsung memuatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan; (1) pendirian politik masing-masing; dan (2) promosi jualan langsung.

Selamat mengujungi blog ini serta menghantar posting dan memberi komentar.

Kekangan Perjumpaan

Setiap perjumpaan yang diadakan mestilah sedaya-upaya dielakkan untuk tidak berbicara perkara-perkara yang berkaitan dengan; (1) pendirian politik masing-masing; dan (2) promosi jualan langsung.

Janganlah terlalu ego dengan kejayaan peribadi. Ada sesama rakan yang masih dan sedang diuji-Nya.

Selamat berjumpa kembali dengan sesama rakan.