
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Taayah 1970-1972 dan Kolej Islam 1973-1974) kini dalam rawatan rapi akibat kanser. Saya dimaklumkan beliau telah koma selama 2 hari. Hari ini ada khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia. Melalui kenalan, saya difahamkan beliau masih menjalani rawatan.
Apapun marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan beliau semoga pulih semula.
Dr. Lo’ Lo’ adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dan ayahnya ialah Dato Hj Mohd Ghazali merupakan Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Suami Dr. Lo’ Lo' ialah Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Dr. Lo’ Lo’ mempunyai seorang adik bersekolah di Izzuddin iaitu Mohsein Negara (1978-1980).
Terkini 18-Jul-2011 00.11am
Berita TV3 jam 12 tgh mlm tadi memaklumkan Dr Lo' Lo' telah meninggal dunia pada jam 10.00 malam.
Innalillahiwainnailaihirojiun
0 comments:
Post a Comment